Chelsea is my blood!

Chelsea is my blood!

Jumaat, 24 Ogos 2012

Puyol VS Terry



2 legendari kapten antara Carlos Puyol dan John Terry.  Sedia maklum bahawa Barcelona a.k.a EUFAlona masih dihantui dengan kekalahan epik di tangan Chelsea FC dalam UCL musim 2011/2012.

Tetapi pada aku, tak kisahlah kehebatan gabungan Messi, Xavi & Iniesta mengatasi segala pemain yang ada, keluar masuk superstar di dalam skuad Chelsea setiap tahun, namun kedua-dua kapten ni memang tunjang sebenar kestabilan & keteguhan sebuah kelab bola yang semakin gah di dunia kini.

Carlos Puyol yang bermula sebagai lubuk di Barcelona di era Pep & Rivaldo, antara pemain pertahanan yang suka membantu pasukan lawan dengan jaringan ke gawang sendiri, namun semenjak era Frank Rijkaard, semangat dia tidak pernah luntur sehingga ke saat ini, membawa Barcelona manjadi juara berganda dan walaupun kerap mengalami kecederaan serius tetapi jika dia berada di bahagian pertahanan Barcelona, amat sukar gawang Barcelona dibocori walaupun Victor Valdes adalah penjaga gol yang bana.

John Terry pula, antara pemain akademi kelahiran Western Hamburger United yang paling berjaya, ditemani Frank Lampard menjadi lagenda di Chelsea, membantu menjadikan Chelsea manjadi kelab elit di England yang masih di belakang Loser-fool & Mancheater Urinated (walaupun berat hati untuk menyatakannya namun hakikat tetap hakikat), juga beliau telah membawa Chelsea menjadi kelab London (Selatan England) yang pertama berjaya memenangi UCL.  Are-senile, Totenhamburger Hotspuds, Fulhamburger & the rest hanya karya karakter dan lawak teragung di London.  Selain itu, kelebihan yang nyata, Chelsea masih mengejar 6 piala agung untuk musim 2012/2013 ni (Piala Julap Komuniti dah kalah dengan Mancheater Shitty tempoh hari), termasuk UEFA Super Cup & FIFA Club World Cup di Jepun nanti, antara sejarah yang bakal dicipta dengan jayanya.  Ditambah dengan beberapa pemain muda yang luar biasa seperti adik-beradik Hazard & Oscar contohnya, maka itu semua bukan angan semata-mata.  Bagi aku, Chelsea pandang jauh ke depan dan bukan hanya menggunakan sejarah hebat lampau semata-mata untuk menjadi kelab hebat seperti sekarang.  Di mata dunia, Chelsea adalah branding club yang sedang meningkat naik dan berterusan dikenali di seluruh pelosok dunia, terutamanya di Malaysia sendiri.  Dan kerana itu, Chelsea menjadi inspirasi hidup aku dan terserah kepada yang memanggil semua fans Chelsea plastik, sebab harus diingat, live broadcast dan internet di Malaysia mula pesat maju pada era tahun 1998 dan seterusnya.  Jadi, ketegaran peminat sesebuah kelab EPL atau Serie A atau La Liga ataupun Bundes League hanya berlaku selepas itu, dan secara jujurnya, aku mula menyayangi Chelsea semasa di zaman kejatuhan Chelsea pada 1998, semangat juang Chelsea tetap utuh dan kesannya, pernah memenangi EUFA Cup dan juga mengalahkan kelab gergasi Real Mad Riders untuk pertemuan UEFA Super Cup.  Walaupun dijurulatihkan oleh player-manager dan ada kalanya tiada manager, Chelsea masih berdiri teguh sebagai kelab bola sepak yang hebat sehingga sekarang.  Kenapa? Chelsea tiada sejarah? Wujudnya Chelsea adalah antara faktor utama kerana pada 1890-an, ramai peminat tegar bola sepak kecewa dengan Are-senile, Totenhamburger Hotspuds & Western Hamburger United.  Pada 1905, Chelsea ditubuhkan di Barat London dengan bajet teruk.  Jadi, adalah sangat bermakna bila King Roman Abramovich menerajui Chelsea & semangat juang diperkasakan dengan pelaburan lumayan untuk menjadi kelab elit di dunia.


Kembali kepada El Capitano, John Terry, beliau telah menjadi lambang Chelsea itu sendiri, mempertaruhkan nyawanya untuk menghadang gol dari pihak lawan, memberi arahan bernas & merorganisasikan "jantung" formasi Chelsea di padang.  Inspirasi kekuatan kapten akan menentukan arah tuju kelab itu & itulah Chelsea.  Lantaklah "kelemahan" beliau di "luar padang", namun kewibawaan beliau tetap terbaik.

Maka, di setiap sudut hati aku menyatakan jika Carlos Puyol di"partner"kan John Terry tak kisahlah kelab apa sekali pun, memang mantop la kan.

Aku akan letakkan formasi terbaik yang aku idamkan selama ini;

----------------------------------------------Buffon (GK)-----------------------------------------------
Cafu (RB)-----------------Puyol-------------------------------------Terry------------------Maldini (LB)
-------------------------------------------Makelele (DMF)----------------------------------------------
-Zola (RMF)------------------------------------------------------(CMF) Zidane-------------------------
----------------------------------------(AMF) Rivaldo---------------------------------------------------
-----------------------Vieri (CF)-------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------(CF) Luiz Ronaldo-----------------------

Formasi ni kalau Johor FA ke Johor FC pun boleh sampai peringkat dunia. Hahahaha.

P/S: Asal boleh je..